KEK PISANG
▼
Tuesday, February 5, 2019
SAMBAL KERING KENTANG & IKAN BILIS RANGUP...
SAMBAL KERING KENTANG &
IKAN BILIS RANGUP
sumber : buat orang lapo.com
Bahan-Bahan :
3-4 biji ubi kentang
1 mangkuk sedang ikan bilis
Segenggam kacang tanah
1 mangkuk sedang tempe
Gula secukup rasa
Sedikit garam
Sedikit air limau kasturi
Minyak masak
Bahan Kisar :
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
8-10 tangkai cili kering direndam seketika dalam air panas
Cara Memasak :
1. Kupas kulit kentang dan hiris nipis, senipis yang boleh. Tempe juga perlu dihiris nipis.
2. Goreng kentang di dalam minyak panas. Masukkan sedikit garam ke dalam minyak supaya kentang tidak melekat. Goreng sehingga garing, angkat dan toskan.
3. Dalam minyak yang sama, goreng pula kacang tanah. Kemudian goreng tempe sehingga garing.
4. Akhir sekali goreng ikan bilis. Ketepikan kesemua bahan yang telah digoreng.
5. Untuk membuat sambal, buangkan sedikit minyak lebihan goreng tadi. Tumiskan bahan kisar sehingga pecah minyak.
6. Masukkan garam, gula dan air limau. Seimbangkan rasanya.
7. Kacau sehingga sambal sedikit garing. Tutup api dan biarkan sambal betul-betul sejuk.
8. Apabila sambal dah sejuk, masukkan kesemua bahan yang telah digoreng tadi dan gaul rata.
NOTA : Pastikan sambal betul-betul sejuk sebelum memasukkan bahan goreng supaya bahan goreng menjadi rangup dan tidak lembik bila terkena panas sambal tadi.
No comments:
Post a Comment