KEK PISANG
▼
Friday, February 15, 2019
SAWI KECIL TUMIS SOS TIRAM...
SAWI KECIL TUMIS SOS TIRAM
sumber : ruzita's kitchen...
Bahan-Bahan :
5 batang sawi kecil ~ potong ikut citarasa, cuci bersih & toskan (saya guna sawi bok choy)
1 keping tauhu ~ potong dadu kecil & goreng (saya tambah)
1 sudu besar sos tiram
1/2 kiub pati ikan bilis
3 ulas bawang merah ~ hiris
2 ulas bawang putih ~ hiris
1 tangkai cili merah ~ hiris (saya tambah)
1 sudu kecil garam
2 sudu besar kicap pekat
Sedikit minyak masak
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak masak secukupnya. Tumis bawang putih, bawang merah dan cili merah hingga wangi.
2. Masukkan sawi, biarkan layu sekejap.
3. Masukkan tauhu goreng, sos tiram dan kicap. Kacau rata.
4. Masukkan garam dan sesuaikan garam.
5. Sedia dihidangkan.
No comments:
Post a Comment