KEK PISANG
▼
Friday, March 22, 2019
AYAM PAPRIK...
RESIPI AYAM PAPRIK
sumber : Azie Kitchen...
Bahan-Bahan :
1/2 ekor ayam ~ dipotong kecil atau ikut suka
4 biji bawang merah ~ di tumbuk
2 ulas bawang putih ~ di tumbuk
1 biji bawang besar ~ dimayang
1 batang serai ~ di titik
5 biji cili padi ~ dihiris
2 biji limau kasturi ~ diambil jusnya (atau boleh juga guna nenas untuk masamkan kuah paprik)
3 helai daun limau purut ~ di siat-siat
7 sudu besar sos cili
6 sudu besar sos tomato
4 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap manis
Sedikit brokoli, jagung muda, lobak merah (atau ikut apa yang ada jer)
Air secukupnya
Garam & gula secukupnya
Minyak masak
Cara Memasak :
Panaskan minyak masak dalam kuali dan goreng ayam setengah masak, jangan terlalu garing.
Masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk berserta dengan cili padi. Kacau sekejap.
Kemudian masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan kicap manis.
Kacaukan sebati dan biarkan mendidih sekejap.
Masukkan pula sedikit air.
Selepas itu masukkan serai, daun limau purut dan semua jenis sayuran.
Kacau dan bila mendidih barulah dimasukkan bawang besar dan jus limau kasturi.
Sesuaikan rasa, tutup api. Hidang dan hiaskan ikut suka.
No comments:
Post a Comment