KEK PISANG
▼
Friday, March 8, 2019
SOSEJ SAMBAL MERAH...
SOSEJ SAMBAL MERAH
sumber : Majalah RASA 2016...
Bahan-Bahan :
9 batang sosej ayam
2 sudu makan mentega
5 sudu makan sos cili
4 sudu makan sos tomato
1/2 sudu makan sos tiram
1 biji bawang besar ~ hiris tebal
1 ulas bawang putih ~ ketuk
1 batang serai ~ titik
1 biji cili merah ~ hiris
Cara Memasak :
1. Panaskan kuali, masukkan mentega dan goreng sosej yang telah dipotong menyerong kira-kira 2 inci.
2. Selepas itu masukkan bawang besar yang telah dihiris sedikit tebal, bawang putih, cili merah dan serai, masak sehingga sosej kembang. Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram. Kacau sehingga pekat dan matikan api. Sedia dihidangkan.
INFO : Tidak perlu masukkan garam kerana sudah terdapat pelbagai perisa daripada sos.
No comments:
Post a Comment