KEK PISANG
▼
Tuesday, March 12, 2019
TEMPE GORENG KICAP...
TEMPE GORENG KICAP
sumber : Fiza's Cooking...
Bahan-Bahan :
1 bungkus tempe
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
5 tangkai cili padi
2 batang serai
3 cm halia
3 cm lengkuas
1 sudu besar jus asam jawa
3 sudu besar kicap manis
5 gm gula melaka ~ dihiris
Garam secukupnya
Minyak masak
Cara Memasak :
1. Mayang halus bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, serai dan cili padi. Ketepikan seketika.
2. Selepas itu hiris tempe nipis dan memanjang.
3. Goreng tempe sehingga garing dan toskan. (Jika suka, masukkan juga kacang tanah yang digoreng terlebih dahulu).
4. Panaskan minyak masak secukupnya dan tumiskan semua bahan-bahan yang dimayang halus tadi. Masukkan juga gula melaka ke dalam tumisan.
5. Seterusnya masukkan kicap manis dan jus asam jawa. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Akhir sekali masukkan tempe (dan juga kacang tanah, jika suka) yang telah digoreng dan gaul rata. Masak sebentar sehingga kering dan matikan api dapur.
Hidangkan.
No comments:
Post a Comment