KEK PISANG
▼
Sunday, April 21, 2019
KARI AYAM TANPA SANTAN...
KARI AYAM TANPA SANTAN
sumber : buatoranglapo.com
Bahan-Bahan :
6-8 ketul ayam ~ cuci bersih & toskan
1 biji bawang besar ~ tumbuk
3 ulas bawang putih ~ tumbuk
1/2 inci halia ~ tumbuk
1 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 pelepah daun kari
5 sudu besar serbuk kari ayam/daging ~ bancuh dengan sedikit air
2 cawan air
1 biji kentang ~ belah 4-6
Garam & gula secukupnya
Sedikit air limau kasturi
1 sudu besar sos tiram
Minyak masak
Cara Memasak :
1. Di dalam periuk/kuali, panaskan minyak masak secukupnya. Tumiskan bawang putih, bawang besar, halia, daun kari, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga naik bau.
2. Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan air. Kacau sehingga pecah minyak.
3. Masukkan ayam. Kacau sebentar. Masukkan air dan kentang. Biarkan sebentar sehingga ayam dan kentang empuk/lembut.
4. Tambahkan garam, gula dan air limau kasturi secukup rasa. Masukkan juga sos tiram. Seimbangkan rasanya. Masak sehingga kentang lembut.
NOTA : Boleh ditambah serbuk kari kalau nak lagi pekat.
No comments:
Post a Comment