KEK PISANG
▼
Wednesday, April 24, 2019
KARI IKAN TENGGIRI MAMAK STYLE ...
KARI IKAN TENGGIRI MAMAK STYLE
sumber : MaDiHa & Azie Kitchen...
Bahan-Bahan :
5 keping ikan tenggiri ~ jika guna kepala ikan lagi sedap
5 sudu besar serbuk rempah kari ikan ~ jenama Alagappas atau Babas (saya guna jenama Adabi)
2 sudu besar cili kisar/cili serbuk
2 tangkai daun kari ~ jangan leraikan
1 sudu kecil halba campur
Air asam jawa, lebihkan sedikit ~ atau 1 sudu besar pes asam jawa Adabi
Garam secukup rasa
Air secukupnya untuk kuah
Minyak masak
Bahan Kisar :
1 biji bawang besar
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Bahan Mayang :
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
3 tangkai cili padi ~ potong kecil
Bahan Rampai :
Terung ~ belah tengah; atau Kacang bendi (saya tak letak sebab tiada)
Cili hijau
Buah tomato ~ belah dua
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak masak secukupnya di dalam kuali/periuk dan masukkan cili padi yang dipotong. Masukkan halba campur dan bahan-bahan yang dimayang. Setelah agak layu, masukkan cili kisar dan bahan kisar.
2. Kemudian masukkan rempah kari ikan. Masukkan 2 tangkai daun kari. Jangan diceraikan daun sebab batang daun kari akan memberi aroma yang sedap pada kari.
3. Masak sehingga hilang bau rempah. Masukkan air jika rempah nampak kering.
4. Setelah rempah dah masak dan hilang bau, masukkan air asam jawa yang ditapis, air secukupnya ikut kepekatan kuah yang disukai. Masukkan garam secukupnya.
5. Setelah mendidih, masukkan ikan, bahan-bahan rampai. Masak sekejap sahaja supaya tak nak ikan masak terlalu lama dan hancur. Rasakan apa yang kurang dan bolehlah ditambah.
No comments:
Post a Comment