KEK PISANG
▼
Saturday, April 13, 2019
TAUHU MASAM MANIS...
RESIPI TAUHU MASAM MANIS
oleh : zaralovebaking...
Bahan-Bahan :
4 keping tauhu ~ dipotong kiub
1 biji tomato ~ dibelah 4
1 biji bawang besar ~ hiris bulat
2 ulas bawang putih ~ hiris halus
1 biji cili merah ~ hiris
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
Garam & gula secukup rasa
Daun bawang ~ hiris
Minyak masak
Cara Memasak :
1. Goreng tauhu sehingga kuning keemasan. Angkat dan toskan. Tinggalkan sedikit minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga layu. Masukkan cili kisar dan masak sehingga cili garing.
2. Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram, gaul rata dan tambah sedikit air, jika perlu. Bila mendidih masukkan tomato dan hirisan cili merah. Tambah garam dan gula secukup rasa dan masak sekejap.
3. Akhir sekali masukkan tauhu yang digoreng tadi dan gaul rata. Tutup api, taburkan dengan daun bawang dan sedia dihidangkan.
No comments:
Post a Comment