KEK PISANG
▼
Monday, April 29, 2019
TELUR MASAK KICAP...
RESIPI TELUR MASAK KICAP
sumber : tiffinbiru@CMG...
Bahan-Bahan :
5 biji telur ~ digoreng mata kerbau
1 biji bawang besar ~ hiris
3 ulas bawang putih ~ diketuk
1 biji cili merah ~ hiris serong
Sedikit soo hoon ~ kerat pendek & rendam hingga lembut
1 cawan air
1/2 cawan kicap manis
1/2 sudu makan sos tiram
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 sudu kecil cuka makan
Hirisan daun bawang ~ untuk hiasan
Minyak masak
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar hingga layu, masukkan bawang putih, serbuk lada hitam dan sos tiram, kacau rata dan tuangkan air. Masukkan kicap manis dan cuka makan. Biarkan mendidih.
2. Masukkan telur, hirisan lada merah dan soo hoon (toskan dahulu). Kacau perlahan-lahan dan kecilkan api. Biarkan masak sekejap, sesuaikan rasa dan jika 'ok' bolehlah matikan api dapur. Sedia dihidangkan.
No comments:
Post a Comment