KEK PISANG
▼
Wednesday, May 22, 2019
SAMBAL DAGING ...
RESIPI SAMBAL DAGING
sumber : yatiememories ...
Bahan-Bahan :
500 gm daging batang pinang ~ hiriskan nipis & kecil
1 labu bawang besar ~ hiris bulat
1 biji buah tomato ~ potong 6
1 tangkai cili merah ~ hiris serong
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar kicap
2 batang serai ~ titik
5 helai daun limau purut ~ carik-carik
1/2 cawan minyak, untuk menumis
Garam secukup rasa
Sedikit gula
Bahan-Bahan Kisar :
20 tangkai cili kering atau 1 cawan cili kisar
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak masak dan tumiskan serai dan bahan-bahan kisar sehingga wangi dan naik minyak.
2. Masukkan daging yang telah dibasuh dan ditoskan.
3. Masak sehingga daging lembut.
4. Masukkan sos tomato, kicap, garam dan sedikit gula. Kacau rata.
5. Masukkan tomato, cili merah, bawang besar dan daun limau purut. Kacau rata sekali lagi.
6. Sesuaikan rasa, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
NOTA : Kalau guna daging biasa, rebus dulu sehingga empuk dan toskan. Masak seperti biasa.
No comments:
Post a Comment