KEK PISANG
▼
Sunday, June 2, 2019
AYAM MASAK MADU + TELUR PUYUH ...
AYAM MASAK MADU + TELUR PUYUH
sumber : Majalah SAJI April 2019/Chef Asmah Nordin ...
Bahan-Bahan :
6 ketul ayam ~ gaulkan dengan garam & kunyit
10 biji telur puyuh ~ rebus hingga masak & kupas kulitnya, ketepikan (saya tambah)
2 batang serai ~ ketuk
1 cm halia ~ kisar
1/2 labu bawang besar ~ kisar
6 ulas bawang putih ~ kisar
8 tangkai cili kering ~ kisar
4 sudu besar sos cili
8 sudu besar madu
1/2 labu bawang besar ~ hiris kasar
Sedikit garam
Sedikit daun bawang ~ hiris (untuk hiasan, optional)
Minyak masak
Bahan Tumis :
2 cm kulit kayu manis
4 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak masak, goreng ayam sehingga ayam masak. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan minyak masak secukupnya, tumiskan bahan tumis, masukkan serai, bawang besar, bawang putih, halia dan cili kering yang dikisar sehingga naik bau.
3. Kemudian masukkan sos cili dan madu. Kemudian, kacau sehingga sebati.
4. Akhir sekali, masukkan ayam yang digoreng tadi, telur puyuh yang direbus dan bawang besar. Biarkan sehingga bawang besar sedikit layu.
5. Sesuaikan rasanya, tutup api, angkat dan hidangkan.
No comments:
Post a Comment