KEK PISANG
▼
Saturday, June 22, 2019
NASI & LAUK-PAUK ...
RENDANG DAGING CILI HIJAU
sumber : yatiememories...
Bahan-Bahan :
1 kg daging batang pinang ~ potong ikut suka, cuci bersih & toskan
250 ml santan
2 sudu besar kerisik
Garam secukup rasa
2 sudu besar gula melaka
2 keping asam gelugor
2 batang serai ~ diketuk
2 helai daun kunyit ~ buang urat & hiris halus
1/2 cawan minyak masak untuk menumis
Sedikit air jika perlu
Bahan Kisar :
4 batang serai ~ hiris halus
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
30 biji cili padi hijau
5 tangkai cili hijau
6 biji bawang merah
1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak masak dalam kuali dan tumis bahan-bahan kisat sehingga naik bau. Masukkan serai yang diketuk.
2. Kemudian masukkan daging dan kacau sehingga rata. Masukkan sedikit air dan biarkan daging sedikit empuk. Guna api sederhana jer masa ni.
3. Selepas itu masukkan santan, kerisik, asam gelugor, gula melaka dan garam secukup rasa.
4. Kacau lagi di atas api yang perlahan dan masaklah sehingga pekat. Masukkan daun kunyit.
5. Bila dah cukup kering, bolehlah diangkat.
6. Sedia untuk dihidangkan. Sedap dimakan bersama nasi impit dan pulut kuning.
INFO : Kalau guna daging biasa, mestilah direbus dahulu sehingga empuk, kemudian toskan airnya dan bolehlah dimasak seperti biasa.
ACAR RAMPAI
sumber : FB @resepi ringkas
Bahan-Bahan :
1 batang timun
1 batang carrot
2 labu bawang besar
3 tangkai cili merah
3 tangkai cili hijau
1/2 cawan cuka masakan
1 sudu besar gula
1 sudu besar biji sawi
Garam
Serbuk kunyit
1 sudu kecil kapur sireh ~ dibancuh dengan 1 liter air
Bahan Tumis : (mayang)
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
3 cm halia
Minyak masak
Cara Memasak :
1. Semua sayur dipotong kecil dan memanjang. Kemudian, rendamkan di dalam air kapur supaya rangup (anggaran 1/2 jam).
2. Toskan sayuran tadi sehingga kering.
3. Panaskan minyak masak secukupnya dan tumiskan bahan tumis serta biji sawi sehingga layu.
4. Masukkan cuka masakan, garam, serbuk kunyit dan gula. Bila mendidih, masukkan sayuran dan kacau rata.
5. Bila nampak pekat bolehlah diangkat dan hidangkan.
NASI SERAI
sumber : norazlitaaziz, Lily & Risik Resepi...
Bahan-Bahan :
4 cawan beras basmathi ~ rendam dalam 1/2 jam sebelum masak
4 cawan air (saya lebihkan sedikit)
1/2 cawan susu cair
1 labu bawang Holland ~ dadukan atau mayang halus
4 ulas bawang putih ~ diketuk atau dihiris
1 cm halia ~ tumbuk halus, ketuk atau hiris nipis
2 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
4 kuntum bunga lawang
5 batang serai ~ diketuk
2 kiub pati ayam
Garam secukup rasa
1 sudu makan minyak sapi
2 sudu besar minyak jagung
50 gm kacang gajus & kismis ~ yang ni optional, nak letak boleh, tak letak pun boleh
Sedikit hirisan daun sup (optional)
Cara Memasak :
Panaskan periuk nasi letrik, masukkan minyak jagung dan minyak sapi.
Bila dah panas, tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga sehingga naik harum baunya.
Kemudian tumiskan bawang Holland, bawang putih, halia dan serai sehingga naik bau. Tambahkan air dan susu cair.
Kemudian masukkan kiub pati ayam dan garam secukup rasa.
Akhir sekali barulah dimasukkan beras. Tutup periuk nasi dan tanaklah nasi seperti biasa.
Bila nasi separuh masak, masukkan kismis dan gajus.
Kacau dengan chopstick, supaya nasi tidak patah dan hancur.
Tutup semua dan tanah sehingga masak.
Bila dah masak bolehlah dihidangkan dengan lauk-pauk kegemaran yang dirasakan sesuai, seperti Rendang, Ayam Masak Merah, Sambal Tumis atau apa-apa saja yang sedap. !!!
No comments:
Post a Comment