KEK PISANG
▼
Tuesday, June 25, 2019
TERUNG GORENG KICAP MANIS ...
TERUNG GORENG KICAP MANIS
---- DIARI MANGKUK TINGKAT @ ILI SULAIMAN
sumber : intaidapurfha...
Bahan A :
Minyak masak untuk menggoreng
3 biji terung ungu panjang ~ dibelah 2
Bahan B :
4 ulas bawang putih ~ ditumbuk
Kicap Lemak Manis 'Kipas Udang'
Kicap Lemak Masin 'Kipas Udang'
1 biji bawang besar ~ hiris
Cili merah/cili padi ~ dihiris untuk hiasan
Cara Memasak :
1. Goreng terung seketika sekadar untuk melembutkan isi terung sahaja.
2. Angkat dan hidangkan di dalam pinggan hidangan.
3. Dengan menggunakan minyak yang sama (pastikan kita menggunakan sedikit minyak sahaja kerana terung yang digoreng sudah berminyak), tumis bawang putih sehingga keperangan.
4. Masukkan Kicap Lemak Manis diikuti dengan Kicap Lemak Masin diikuti dengan bawang besar.
** Lebihkan Kicap Manis kerana kicap ini akan menjadi kuah kepada masakan kita.
** Saya tidak menggunakan air tambahan (tetapi dalam rancangan itu Ili masukkan).
5. Biarkan seketika, angkat dan curah ke atas terung tadi.
6. Taburkan cili merah sebagai hiasan.
Sedap makan bersama nasi panas :)
ReplyDeleteMemang sedap Eyma😊
ReplyDelete