KEK PISANG
▼
Wednesday, July 17, 2019
IKAN SIAKAP MASAM MANIS MUDAH ...
IKAN SIAKAP MASAM MANIS MUDAH
Bahan-Bahan :
1 ekor ikan siakap saiz sederhana ~ cuci bersih & toskan
1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan sos cili
1/2 cawan air
2 biji tomato ~ potong dadu
6 biji cendawan butang ~ dihiris
Gara & gula secukupnya
Serbuk kunyit
Minyak masak
Bahan Hiris :
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
Cara Memasak :
1. Ikan dibersihkan, kelar permukaan ikan, cuci dan toskan.
2. Lumurkan ikan bersama serbuk kunyit dan garam. Gorengkan sehingga masak/garing sedikit. Angkat dan toskan minyaknya. Letakkan di dalam pinggan. Ketepikan dulu.
3. Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan bahan-bahan hiris sehingga naik bau.
4. Masukkan sos tomato, sos cili dan sedikit air. Biarkan mendidih sambil dikacau rata.
5. Masukkan cendawan butang dan tomato yang dipotong kecil. Masukkan garam, gula secukup rasa dan kacau rata.
6. Setelah siap dan cukup rasa, tutup api dan bolehlah dituangkan kuah ke atas ikan siakap yang digoreng tadi.
No comments:
Post a Comment