KEK PISANG
▼
Saturday, July 27, 2019
KARI TELUR ...
KARI TELUR & UBI KEMILI
sumber : Insta@resepi sedap ...
Bahan-Bahan :
8 biji telur ayam
1/2 kilo ubi kemili (saya ganti dengan 2 biji ubi kentang)
5 cawan santan ~ boleh tambah
1 paket kecil rempah kari daging ~ dibancuh dengan sedikit air
3 cm halia
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 batang kulit kayu manis (2 cm)
1 biji bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
Garam secukup rasa
Minyak masak
Cara Memasak :
1. Rebus semua telur sampai masak kemudian dikupas kulit dan dikelar keliling telur. Bersihkan ubi kemili dan direbus sampai empuk/lembut kemudian siat semua kulit ubi kemili dan ketepikan dulu. Kupas semua bawang (bawang merah, bawang putih), halia dan ditumbuk lumat.
2. Panaskan sedikit minyak masak anggaran 6 sudu besar dalam periuk dan tumis semua rempah tumis (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga) dan kacau sekejap kemudian boleh la dimasukkan semua bahan tumbuk iaitu bawang dan halia tadi. Kacau lagi sampai bawang layu dan masukkan bancuhan rempah kari ke dalam periuk. Boleh ditambah minyak jika rempah nampak agak kering. Biarkan sampai terbit minyak dan menjadi wangi.
3. Masukkan santan dan biarkan kuah mendidih serta dikacau kuah. Boleh la dimasukkan semua telur bersama ubi kemili serta garam secukup rasa. Biarkan kari terus mendidih sambil dikacau dengan perlahan. Bila nampak ubi telah sebati dengan kuah bolehlah ditutup api dapur. Sedia dihidangkan.
Sedapnya ubi kemili dibuat kari dengan telur. Lama tak makan ubi kemili, dulu siap tanam sendiri. Sekarang susah nak dapat.
ReplyDeleteBetul Fadzillah memang susah nak dapat ubi kemili sekarang ni jadi kak ganti dengan kentang jer..😊
ReplyDelete