KEK PISANG
▼
Saturday, July 20, 2019
KENTANG & SOSEJ LADA HITAM ...
KENTANG & SOSEJ LADA HITAM
sumber : ummizaihadi-homesweethome...
Bahan-Bahan :
4 biji kentang ~ potong wedges (saya guna saiz sederhana)
5 batang sosej ~ hiris
1/2 lada benggala hijau ~ potong dadu (tak letak)
1/2 lada benggala merah ~ potong dadu (saya guna yang kuning)
1 labu bawang besar ~ hiris kasar
2 ulas bawang putih ~ cincang
1 biji tomato ~ belah 6
1 sudu kecil lada hitam ~ tumbuk (tak letak)
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos lada hitam
2 sudu besar sos cili
Garam
Minyak masak
Cara Memasak :
1. Kentang dibasuh dan toskan. Gaul dengan sedikit garam.
2. Panaskan minyak dalam kuali, goreng kentang sehingga nampak garing. Angkat dan toskan.
3. Dalam minyak yang sama, goreng pula sosej setengah masak. Angkat dan toskan.
4. Tinggalkan sedikit minyak, tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
5. Masukkan sos lada hitam, sos tiram dan sos cili. Kacau rata.
6. Masukkan lada benggala, kacau seketika.
7. Masukkan kentang dan sosej, gaul rata dan sebati. Masukkan garam dan seimbangkan rasa.
8. Sedia dihidangkan.
No comments:
Post a Comment