KEK PISANG
▼
Sunday, July 14, 2019
NASI AYAM BASMATHI ...
NASI AYAM BASMATHI SPECIAL
sumber : yatiememories ...
Bahan-Bahan Untuk Nasi :
4 cawan beras (saya guna beras basmathi)
6 cawan air (air dari rebusan ayam, atau guna 2 kiub pati ayam & campur dengan 6 cawan air)
Sedikit garam (jika perlu)
Sedikit pewarna kuning
2 sudu besar butter
Bahan-Bahan Tumis :
4 ulas bawang putih ~ hiris
1 inci halia ~ hiris
4 batang serai ~ diketuk
3 sudu besar minyak masak
Cara Memasak :
1. Basuh beras dan rendam selama 30 minit, toskan. Ketepikan.
2. Masukkan 5 cawan air rebusan ayam ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan biarkan sebentar.
3. Panaskan minyak masak dan tumis bahan-bahan tumis sehingga naik bau.
4. Masukkan 1 cawan air, biarkan mendidih dan masukkan ke dalam rice cooker.
5. Masukkan pewarna kuning, butter ke dalam periuk dan masak macam biasa.
6. Bila nasi dah kering, gaulkan menggunakan chopstick sekali sekala dan tutup semula.
7. Bila nasi dah masak, bolehlah dihidangkan bersama Ayam Goreng Madu dan Sos Cili Merah dan Hitam.
Bahan-Bahan Untuk Ayam Goreng Madu :
1 ekor ayam ~ dipotong 12, selebihnya dicincang untuk buat supnya
3 sudu besar kicap pekat
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar madu
2 sudu besar sos tomato
Cara Penyediaan :
1. Rebus ayam bersama air sehingga separuh masak dan keluarkan dari sup tersebut. (Air rebusan ayam ini buat masak nasi dan sup).
2. Perap ayam bersama kicap, sos tiram, sos tomato dan madu selama 1/2 jam.
3. Goreng ayam dalam minyak terendam. Setelah masak angkat dan toskan.
Bahan-Bahan Untuk Sos Pedas Merah :
4 ulas bawang putih
4 tangkai cili merah
5 biji cili padi merah
2 sudu besar cuka
2 sudu besar gula & sedikit garam
2 sudu besar sos cili
1/2 cawan air masak untuk kisar bahan-bahan
Cara Penyediaan :
1. Kisar bawang putih, cili padi dan cili merah.
2. Masukkan cuka dan sos cili. Gaul sebati.
3. Masukkan gula dan garam secukupnya. Perasakan, sekiranya dah 'ok', bolehlah dihidangkan bersama ayam.
Bahan-Bahan Sambal Kicap :
8 biji cili padi hijau/merah
2 ulas bawang putih
1/4 cawan kicap (secukupnya)
Gula & garam secukupnya
Sedikit sup ayam
Cara Penyediaan :
1. Bakar bawang putih sekejap. Kisar/tumbuk cili padi bersama dengan bawang putih.
2. Masukkan dalam mangkuk dan letakkan kicap dan sedikit sup.
3. Masukkan pula gula dan garam secukupnya.
Bahan-Bahan Untuk Sup Ayam Ringkas :
Ayam yang telah dipotong kecil-kecil (bahagian yang lebih/tulang ayam)
2 biji kentang ~ dipotong dadu besar
1 batang lobak merah ~ dipotong kecil
Daun sup/daun bawang & bawang goreng secukupnya
2 ulas bawang putih ~ hiris
2 ulas bawang merah ~ hiris
1 inci halia ~ hiris
Rempah tumis (1 batang kulit kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 1 biji buah pelaga)
1 kiub pati ayam
Air secukupnya dalam 4 cawan
Garam secukup rasa
Cara Memasak :
1. Masukkan rempah tumis, bahan-bahan hiris ke dalam periuk sup bersama 4 cawan air.
2. Masukkan ayam yang dipotong/dicincang, kentang dan biarkan sehingga masak. Masukkan kiub pati ayam.
3. Setelah kentang empuk, masukkan lobak merah dan kacau sebati. Masukkan garam secukup rasa.
4. Setelah mendidih, tutup api dan bolehlah dihidangkan bersama Nasi Ayam.
5. Setelah siap bolehlah dihidangkan dengan taburan daun sup/bawang dan bawang goreng.
No comments:
Post a Comment