KEK PISANG
▼
Saturday, July 13, 2019
NASI LEMAK BASMATHI ...
NASI LEMAK BASMATHI
sumber : yatiememories...
Bahan-Bahan :
4 cawan beras Basmathi, cuci bersih, rendam 20 minit & toskan
6 cawan santan kelapa yang segar
2 batang serai ~ dititik
3 ulas bawang putih ~ diketuk
1 biji bawang besar ~ dibelah 4
1 inci halia ~ kerat 3 & dititik
2 helai daun pandan ~ disimpul
Garam secukup rasa
Bahan Sampingan :
Sambal tumis
Hirisan timun
Telur rebus
Cara Penyediaan :
1. Masukkan beras ke dalam periuk nasi elektrik, tuangkan santan, masukkan serai, bawang putih, bawang besar, halia dan daun pandan. Masukkan garam secukup rasa (jangan masin-masin, cuma nak bagi rasa lemak saja). Kacau rata dan masak seperti biasa.
2. Bila nasi betul-betul masak, gemburkan dengan chopstick. Bolehlah dihidangkan dengan bahan-bahan sampingan tadi.
AYAM MASAK SAMBAL
sumber : Azie Kitchen...
Bahan-Bahan :
1 ekor ayam ~ potong ikut suka, cuci bersih, toskan, lumur garam kunyit & goreng hingga masak
4 biji bawang besar bersaiz besar
7 ulas bawang putih
1 inci halia
2 biji bawang besar ~ hiris
2 batang serai ~ diketuk
4-5 sudu besar cili kisar
Sos tomato secukupnya
Sos cili secukupnya
Garam & gula secukupnya
Minyak masak
Cara Memasak :
1. Kisar bawang besar, bawang putih dan halia. Panaskan minyak masak secukupnya dan tumis serai dan bahan kisar sehingga wangi. Masukkan cili kisar dan goreng sehingga cili betul-betul masak.
2. Masukkan sedikit air, sos tomato, sos cili, garam dan gula secukupnya. Masakkan sehingga mendidih dan kepekatan yang disukai.
3. Akhir sekali, masukkan bawang besar hiris dan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul rata dan sedia untuk dihidangkan dengan nasi lemak atau nasi minyak dan acar timun.
No comments:
Post a Comment