KEK PISANG
▼
Saturday, July 6, 2019
PULUT KUNING ...
PULUT KUNING
sumber : skybluemelleymey.blogspot.com
Bahan-Bahan :
500 gm beras pulut
3/4 camca teh serbuk kunyit
1 keping asam gelugor
1 cawan santan cair *
3/4 camca teh garam * ( * disatukan & kacau rata )
2 helai daun pandan ~ disimpul
100 ml pati santan (santan pekat)
Cara Penyediaan :
1. Cuci beras pulut kemudian rendam dan masukkan serbuk kunyit dan asam gelugor. Biarkan semalaman atau sekurang-kurangnya 8 jam. Kemudian toskan dan masukkan ke dalam loyang (saya guna loyang saiz 9 inci).
2. Tuangkan santan cair dan masukkan daun pandan. Kukus atas air mendidih selama 15 minit. Kareh atau gaulkan pulut tadi.
3. Selepas 15 minit, tuangkan pati santan, gaul lagi dan sambung kukus 15 minit atau sehingga pulut masak. Keluarkan daun pandan dan bolehlah dihidangkan bersama sambal tumis, rendang, kari atau serunding.
kredit : CMG@tiffinbiru
SAMBAL AYAM
sumber : buku masakan Chef Hanieliza...
Bahan-Bahan :
500 gm ayam
2 tangkai serai ~ diketuk
1 biji tomato ~ dipotong dadu
1 labu bawang besar ~ dihiris kasar
1/2 cawan minyak masak
Garam secukup rasa
Bahan Untuk Sambal :
15 biji cili merah
5 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
Cara Memasak :
1. Buangkan kulit ayam dan potong kecil. Basuh dan toskan.
2. Panaskan minyak dan gorengkan serai dan ayam hingga ayam agak garing. Angkat dan ketepikan.
3. Menggunakan minyak yang sama, tumiskan bahan untuk sambal hingga garing.
4. Masukkan kembali ayam, serai tadi, bawang besar dan tomato.
5. Kacau rata dan biarkan hingga bawang layu dan sambal naik minyak.
6. Sesuaikan rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.
No comments:
Post a Comment