KEK PISANG
▼
Sunday, August 11, 2019
AYAM MASAK MERAH ...
AYAM MASAK MERAH
sumber : Majalah RASA Julai 2018
Bahan-Bahan :
1 ekor ayam ~ dipotong beberapa bahagian, cuci bersih, gaul garam kunyit & digoreng setengah masak
2 sudu makan tomato puri
2 sudu makan sos tomato
2 biji tomato ~ belah empat
Garam & gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis
Bahan Dikisar :
10 tangkai cili kering ~ rebus sebentar baru kisar
5 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2.5 sm halia
Cara Memasak :
1) Panaskan minyak masak secukupnya dan tumiskan bahan-bahan dikisar. Tumis hingga wangi dan pecah minyak.
2) Kemudian masukkan tomato puri dan sos tomato, kacau sebati.
3) Masukkan ayam yang telah digoreng setengah masak tadi (yang telah digaul garam dan serbuk kunyit).
4) Kecilkan api dan balik-balikkan dan perisakan dengan garam dan gula secukup rasa dan biarkan ayam masak.
5) Akhir sekali masukkan tomato dan sedikit hirisan bawang besar. Biarkan seketika hingga bawang sedikit layu.
6) Lauk Ayam Masak Merah siap dihidangkan.
No comments:
Post a Comment