KEK PISANG
▼
Tuesday, August 20, 2019
PAJERI TERUNG ...
PAJERI TERUNG SEDAP WAN CHU
sumber : Azie Kitchen ...
Bahan-Bahan :
4-5 biji terung ungu ~ belah dua tak putus
2 paket kecil serbuk rempah kari daging Babas
1 paket kecil kerisik
1 mangkuk kecil santan (1 plastik kecil)
2 sudu kecil garam atau secukup rasa
3 sudu besar gula atau secukup rasa
Serbuk perasa
Minyak masak
Bahan Kisar :
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 ibu jari halia
Segenggam udang kering
Cara Memasak :
1. Di dalam periuk/kuali, panaskan minyak masak secukupnya, tumis bahan kisar sehingga wangi dan masukkan rempah kari kering (tidak dibancuh dengan air) dan kacau rata cepat-cepat. Masukkan sedikit santan supaya tidak hangit dan kacau rata. Kemudian masukkan baki santan, garam, gula, serbuk perasa serta kerisik supaya kesemua sekali masak mesra.
2. Akhir sekali, masukkan terung dan dan sedikit air sehingga agak-agak terung tenggelam sahaja.
3. Masak dengan api sederhana sehingga terung lembut dan kuah pecah minyak. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat. Sedia untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment