KEK PISANG
▼
Thursday, August 15, 2019
TELUR DADAR ALA CINA ...
TELUR DADAR ALA CINA
sumber : Majalah RASA Januari '07 ...
Bahan-Bahan :
2 biji telur ~ dipukul hingga kembang
1 sudu teh lada sulah
1 batang daun sup/daun bawang ~ dihiris kecil
1 cm halia *
1 biji cili merah *
1 ulas bawang putih * ( * dikisar )
1 biji bawang besar ~ dihiris bulat
1/2 batang lobak merah ~ dihiris nipis memanjang
1/2 sudu makan sos tiram
Garam secukup rasa
Minyak masak
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak masak secukupnya dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar tadi sehingga garing.
2. Kemudian masukkan daun bawang/daun sup, lobak merah, sos tiram, lada sulah dan garam secukup rasa. Tumis seketika.
3. Kemudian masukkan telur yang dipukul kembang tadi dan leperkan di dalam kuali.
4. Masak sehingga kekuningan, angkat dan sedia untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment