KEK PISANG
▼
Friday, September 27, 2019
SAMBAL TELUR BELIMBING BULUH ...
SAMBAL TELUR BELIMBING BULUH
Bahan-Bahan :
4-5 biji telur ~ direbus
2 sudu besar air asam jawa
10 biji belimbing buluh ~ belah 2 tetapi tidak putus setiap satu
1 biji bawang besar ~ hiris bulat & leraikan
1/2 cawan cili kisar
Garam & gula secukup rasa
Minyak masak
Bahan Kisar Halus :
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
Sedikit belacan
Cara Memasak :
1. Telur direbus sehingga masak, kupas kulit, kelar bahagian permukaan telur dan goreng sehingga berkulit. Angkat dan toskan.
2. Panaskan minyak masak dalam kuali, anggaran 4 sudu besar, tumis bahan kisar hallus sehingga berbau harum. Kemudian masukkan cili kisar. Kacau dan masak sehingga naik minyak.
3. Masukkan air asam jawa, garam secukup rasa dan sedikit gula (atau secukup rasa), kacau dan masak sehingga pekat. Masukkan bawang besar dan belimbing buluh, gaul rata.
4. Akhir sekali masukkan telur yang digoreng tadi, kacau dan masak sekejap. Sesuaikan rasa dan jika 'ok' bolehlah dimatikan api.
5. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas serta lauk-pauk pilihan.
No comments:
Post a Comment