KEK PISANG
▼
Tuesday, October 8, 2019
AYAM MASAK GULAI TEMPOYAK ...
AYAM MASAK GULAI TEMPOYAK
sumber : FB@Resepi Sedap ...
Bahan-Bahan :
1/2 ekor ayam kampung muda ~ potong lima atau ikut suka, cuci bersih & toskan
15 biji cili padi ~ dikisar
2 biji bawang merah ~ dikisar
2 1/2 cm kunyit hidup ~ dikisar
3 batang serai ~ diketuk
3 sudu makan tempoyak
Garam kasar secukup rasa
2 tangkai daun kesum
750 ml air
Cara Memasak :
1. Masukkan bahan-bahan yang dikisar ke dalam periuk bersama tempoyak.
2. Selepas itu masukkan air dan serai. Gaul sehingga rata di atas api sederhana sehingga mendidih.
3. Masukkan ayam, daun kesum dan garam secukup rasa.
4. Masak sehingga ayam masak empuk. Biarkan sehingga mendidih dan pekat. Angkat dan sedia dihidangkan.
No comments:
Post a Comment