KEK PISANG
▼
Thursday, October 3, 2019
IKAN SIAKAP 3 RASA ALA THAI ...
IKAN SIAKAP 3 RASA
ALA THAI
sumber : buatoranglapo.com
Bahan Cincang Halus :
3-4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia muda
1 biji cili merah
Bahan Dihiris Halus :
1 kuntum bunga kantan saiz kecil
3 helai daun limau purut
5 biji cili padi (boleh tambah atau kurangkan)
Bahan-Bahan Sos :
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos ikan
2 sudu besar gula pasir
1 sudu besar jus limau nipis atau lemon
1 sudu kecil kicap manis
Bahan-Bahan Lain :
1 ekor ikan siakap
Tepung jagung
Garam
2 sudu besar cili kisar
1/2 cawan air
1 biji tomato ~ potong dadu
Minyak masak
Cara Memasak :
1. Bersihkan ikan dan toskan. Lumur ikan dengan garam dan tepung jagung secukupnya. Perapkan seketika.
2. Goreng ikan sehingga garing. Letakkan ikan yang telah masak ke dalam pinggan besar.
3. Untuk kuah, tumiskan semua bahan yang dicincang halus sehingga berbau harum.
4. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili agak masak. Kemudian, masukkan semua bahan-bahan sos. Kacau rata.
5. Setelah mendidih, masukkan pula bahan-bahan hiris, air dan garam secukup rasa. Seimbangkan rasanya.
6. Masak sehingga kuah pekat sedikit. Akhir sekali masukkan tomato. Kacau sebentar dan tutup api.
7. Tuangkan kuah ke atas ikan yang telah digoreng tadi. Sedia dihidangkan...
No comments:
Post a Comment