KEK PISANG
▼
Monday, October 14, 2019
KARI AYAM TANPA SANTAN ...
KARI AYAM TANPA SANTAN
sumber : buat orang lapo.com
Bahan-Bahan :
6-8 ketul ayam ~ cuci bersih & toskan
1 biji bawang besar ~ tumbuk
3 ulas bawang putih ~ tumbuk
1/2 inci halia ~ tumbuk
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 pelepah daun kari
5 sudu besar serbuk kari ~ campurkan dengan sedikit air
2 cawan air
1 biji kentang ~ kupas kulit & belah 6 (me : guna lobak merah)
Garam, gula secukupnya
Sedikit air/jus limau kasturi
1 sudu besar sos tiram
Cara Memasak :
1. Tumiskan bawang putih, bawang besar, halia, daun kari, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang sehingga naik bau.
2. Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan air. Kacau sehingga pecah minyak.
3. Masukkan ayam. Kacau-kacau sebentar.
4. Masukkan air dan kentang. Biarkan sebentar.
5. Tambahkan garam, gula dan air/jus limau kasturi secukup rasa. Masukkan juga sos tiram. Seimbangkan rasa.
6. Masak sehingga kentang lembut.
NOTA : Boleh tambah serbuk kari kalau nak lagi pekat.
No comments:
Post a Comment