KEK PISANG
▼
Friday, October 4, 2019
NASI LEMAL HALBA & SAMBAL AYAM ...
RESIPI NASI LEMAK HALBA
sumber : Fiza's Cooking ...
Bahan-Bahan :
2 cawan beras
2 cawan air
1 cawan santan
3 ulas bawang merah ~ dimayang
1 sudu teh halba
1/2 inci halia ~ dihiris nipis
2 helai daun pandan ~ disimpul
Garam secukup rasa
Cara Membuat :
1. Basuh beras dan masukkan semua bahan-bahan termasuk garam ke dalam periuk nasi elektrik. Masak nasi seperti biasa.
2. Apabila nasi telah masak, bolehlah dihidangkan dengan sambal pilihan, kacang goreng, timun dan telur rebus atau ikut citarasa.
RESIPI SAMBAL AYAM
sumber : majalah ...
Bahan-Bahan :
500 gm ayam ~ dipotong sederhana, cuci & toskan
2 batang serai ~ dititik
Sedikit air asam jawa
Garam & gula secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng & menumis
Bahan Kisar :
15 tangkai cili kering ~ direbus hingga lembut & toskan
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm lengkuas
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak masak, gaulkan ayam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng separuh masak, angkat dan ketepikan.
2. Keluarkan sebahagian minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis bahan kisar sehingga pecah minyak dan naik bau.
3. Masukkan air asam jawa, serai, garam, gula perasa secukupnya.
4. Akhir sekali masukkan ayam yang digoreng dan gaul rata sehingga sekata sebelum diangkat dan dihidangkan.
INFO : Ayam sambal ini enak juga dihidangkan dengan pelbagai jenis nasi.
No comments:
Post a Comment