KEK PISANG
▼
Monday, October 7, 2019
RENDANG TELUR ...
RESIPI RENDANG TELUR
sumber : yatiememories ...
Bahan-Bahan :
10 biji telur ~ direbus, kupas kulit & kelar-kelar sedikit permukaannya
1/2 cawan santan pekat
1 sudu besar kerisik
1 helai daun kunyit ~ buang urat tengah & hiris halus
2 helai daun limau purut
2 keping asam gelugor
Garam secukup rasa
2 sudu besar gula Melaka
Air sekiranya perlu
Bahan-Bahan Kisar :
1 labu bawang besar
5 ulas bawang merah kecil
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
2 batang serai ~ hiris halus terlebih dulu
4 sudu besar cili kisar
5 biji cili padi
Cara Memasak :
1. Masukkan bahan-bahan yang dikisar ke dalam kuali. Gaul rata dan masak sehingga mendidih.
2. Masukkan santan, asam gelugor, garam dan gula Melaka.
3. Kacau rata dan tambah sedikit air jika perlu. Masukkan kerisik dan gaul rata.
4. Setelah cukup rasa, masukkan telur yang telah direbus tadi dan masukkan daun kunyit dan daun limau purut. Masak sehingga sedikit pekat.
5. Setelah siap, angkat dan sedia dihidangkan.
Assalam hai sis zara..
ReplyDelete