KEK PISANG
▼
Wednesday, October 2, 2019
TERUNG GORENG BERLADA ...
RESEPI TERUNG GORENG BERLADA
sumber : iresipi.com@Che'Nom
Bahan-Bahan :
2 biji terung panjang, saiz besar (3 biji jika saiz sederhana)
2 mangkuk minyak masak
Air perahan asam jawa secukupnya
Bahan-Bahan Kisar Kasar :
8-10 biji cili merah segar
7-8 biji cili melaka, yang berwarna merah (kalau tiada boleh campur cili hijau)
1/2 mangkuk kecil ikan bilis
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
Cara Memasak :
1. Belah dua terung dan kemudian potong menyerong selebar 2 cm. Gaulkan terung dengan sedikit garam.
2. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng terung sehingga lembut. Angkat terung dan ketepikan.
3. Buangkan sedikit minyak goreng terung tadi, tumiskan bahan-bahan kisar sehingga pecah minyak dan naik bau.
4. Masukkan air asam jawa secukupnya dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya (sedap jika dilebihkan gula dalam sambal ini).
5. Tuangkan sambal ke atas terung yang digoreng tadi. (me : gaulkan terung sekali dengan sambalnya). Sedia untuk dihidangkan.
TIPS :
1. Semasa menggoreng terung, jangan masukkan terlalu banyak terung ke dalam minyak kerana nanti terung akan masak tidak sekata dan tidak cantik warnanya.
2. Terung harus digoreng dalam minyak yang banyak.
No comments:
Post a Comment