KEK PISANG
▼
Friday, November 8, 2019
AYAM MASAK HALIA ...
1. RESIPI AYAM MASAK HALIA VERSI CINA
sumber : FB@Resepi Sedap Mudah Buat ...
Bahan-Bahan :
500 gm ayam ~ dipotong kecil, cuci bersih & toskan
4 ulas bawang putih ~ hiris nipis
2 cm halia ~ hiris halus memanjang
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos tiram
1 biji bawang besar ~ hiris membulat
1 biji cili merah ~ hiris nipis
1 tangkai daun bawang ~ hiris kasar
1 1/2 sudu teh tepung jagung ~ dibancuh dengan sedikit air
Minyak masak
Sedikit serbuk lada sulah atau lada hitam
Sedikit garam & serbuk kunyit
Garam & gula secukup rasa
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak masak. Gaul ayam bersama garam dan serbuk kunyit kemudian goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
2. Ambil sedikit minyak dari baki gorengan ayam dalam 1/2 senduk dan tumis bawang putih bersama halia sehingga naik bau. Masukkan kembali ayam yang digoreng separuh masak tadi.
3. Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan sedikit taburan serbuk lada putih. Kacau seketika (jaga jangan sampai bawang putih hangus).
4. Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat. Tambah sedikit lagi air jika anda suka lebih kuah.
5. Taburkan dengan cili merah, bawang besar dan kacau selama 2-3 minit sebelum diangkat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Angkat dan tabur dengan daun bawang. Sedia dihidangkan.
2. AYAM MASAK HALIA
sumber : yatiememories ...
Bahan-Bahan :
1/2 ekor ayam ~ dipotong kecil, basuh bersih & toskan
3 sudu besar sos tiram
1/2 cawan air *
1 sudu teh tepung jagung * ( * dibancuh bersama )
1 sudu teh lada hitam biji ~ ditumbuk kasar
1 pokok daun bawang/sup ~ dipotong pendek
1 biji buah tomato ~ belah 4
1/2 batang lobak merah ~ dipotong kecil
Minyak masak untuk menumis
Garam & sedikit gula
Bahan-Bahan Hiris :
5 cm halia
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
3 tangkai cili merah
4 tangkai cili padi merah (optional)
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak masak secukupnya dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan hiris sehingga layu.
2. Masukkan ayam, lada hitam, sos tiram dan kacau rata. Masukkan sedikit air dan tutup kuali.
3. Masakkan ayam sehingga lembut. Masukkan lobak merah, gaul sebati dan lobak merah lembut.
4. Setelah lobak merah lembut, masukkan bancuhan tepung jagung. Biarkan sehingga pekat.
5. Masukkan buah tomato dan daun bawang, kacau rata.
6. Tutup api, angkat dan bolehlah dihidangkan.
No comments:
Post a Comment