KEK PISANG
▼
Thursday, November 14, 2019
AYAM MASAM MANIS ...
RESIPI AYAM MASAM MANIS
sumber : MyResipi.com@Chef Hanieliza ...
Bahan-Bahan :
500 gm isi ayam ~ dipotong kecil
3 biji bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1 inci halia * ( * semua bawang merah, bawang putih & halia dikisar bersama )
1/2 cawan air
5 sudu makan sos tomato
3 sudu makan sos cili
1 sudu teh gula
2 biji tomato ~ dipotong baji
3 biji cili merah ~ dihiris kasar
3 biji cili hijau ~ dihiris kasar
1/2 cawan kacang pis ~ sekiranya suka (me : tak letak, anak-anak tak suka)
2 sudu makan minyak masak
Garam secukupnya
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak masak dan gorengkan ayam sehingga masak (jangan biarkan garing bagi mengelakkan ayam menjadi keras).
2. Angkat ayam dan ketepikan. Tinggalkan sedikit minyak gorengan tadi bagi menumis bahan yang dikisar. Tumis sehingga naik bau.
3. Masukkan air, sos tomato, sos cili dan gula. Biarkan sehingga mendidih.
4. Masukkan ayam yang digoreng tadi, tomato, cili merah, cili hijau dan kacang pis, jika guna. Biarkan sebentar. Sesuaikan rasanya. Angkat dan hidangkan.
No comments:
Post a Comment