KEK PISANG
▼
Wednesday, November 20, 2019
DAGING GORENG KUNYIT KACANG PANJANG ...
DAGING GORENG KUNYIT
KACANG PANJANG
sumber : www.says.com
Bahan-Bahan :
1 mangkuk daging batang pinang ~ dihiris saiz sederhana
2 sudu besar serbuk kunyit
3 sudu besar minyak masak
1/2 cawan air
1 biji bawang kuning ~ dihiris tebal
1 biji cili merah ~ dihiris nipis
3 ulas bawang putih ~ dicincang
1 inci halia ~ dihiris nipis
1 cawan kacang panjang ~ dipotong saiz 1 inci
1 sudu kecil lada hitam ~ ditumbuk
Garam secukup rasa
Cara Memasak :
1. Dalam mangkuk, gaulkan daging dengan serbuk kunyit sehingga rata.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan daging dan gorengkan sehingga daging empuk.
3. Masukkan bawang kuning, cili merah, bawang putih, halia dan kacang panjang. Gorengkan seketika.
4. Tuangkan air, masukkan lada hitam dan garam secukup rasa. Gaul sehingga rata dan kacang panjang sedikit layu.
5. Daging Goreng Kunyit Kacang Panjang sedia dihidangkan.
No comments:
Post a Comment