KEK PISANG
▼
Sunday, December 22, 2019
BROKOLI TUMIS DAGING ...
BROKOLI TUMIS DAGING
sumber : Majalah SEDAP 2015/bil 90 ...
Bahan-Bahan :
300 gm brokoli ~ potong sesuai perkuntum
1 labu bawang besar ~ potong dadu besar
3 biji cili kering ~ potong
100 gm daging lembu ~ potong dadu 1 cm
1/4 sudu teh garam
1/4 sudu teh gula pasir
1 sudu teh lada hitam kasar
1 sudu teh kicap ikan
2 sudu makan sos tiram
150 ml air
1/2 sudu teh minyak bijan
2 sudu teh tepung jagung & 2 sudu teh air ~ untuk pemekat
50 gm kacang gajus ~ goreng & belah dua (tak letak)
1 sudu makan minyak masak untuk menumis
Cara Memasak :
1. Tumis bawang besar dan cili kering sehingga terbit aroma. Masukkan daging, kacau sehingga berubah warna.
2. Masukkan brokoli, kacau sehingga layu. Masukkan garam, gula pasir, lada hitam kasar, sos tiram dan kicap ikan, kacau rata. Tuangkan air, masak hingga matang.
3. Setelah daging lembut, pekatkan dengan larutan tepung jagung, masukkan kacang gajus dan kacau rata.
4. Sesuaikan rasa. Sebelum diangkat, masukkan minyak bijan dan kacau rata. Tutup api. Sedia untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment