KEK PISANG
▼
Wednesday, January 15, 2020
AYAM GORENG KUNYIT ...
AYAM GORENG KUNYIT SEDAP
sumber : Insta@resepisedap ....
Bahan-Bahan :
300 gm ayam ~ bahagian dada (me : guna 1/4 ekor ayam, potong kecil-kecil, cuci bersih & toskan)
2 ulas bawang putih ~ hiris nipis
2 senduk minyak masak
4 batang kacang panjang ~ potong 2 inci
1 biji bawang merah ~ hiris nipis
1 biji cili merah ~ hiris nipis (tak letak, tiada stok)
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 biji bawang besar ~ hiris nipis
Cara Memasak :
1. Potong dada ayam pada kiub kecil, selepas itu gaulkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Perap selama kurang lebih 5 minit.
2. Selanjutnya panaskan minyak masak di dalam kuali dan goreng dada ayam di atas api besar. Kacau dengan kerap supaya tidak hangus dan keras. Selepas itu masukkan bawang merah dan bawang putih dan teruskan mengacau.
3. Bila ayam dah hampir masak, masukkan bawang besar, kacang panjang dan cili merah. Taburkan dengan sedikit gula dan kacau selama 1 minit. Sesuaikan rasa, tutup api, angkat dan hidangkan.
No comments:
Post a Comment