KEK PISANG
▼
Saturday, February 22, 2020
AYAM SAMBAL DAUN KARI ...
AYAM SAMBAL DAUN KARI
sumber : www.rasa.com.my@Ogos 2018...
Bahan-Bahan :
1/2 ekor ayam ~ digaul dengan garam, kunyit & digoreng sehingga masak
6 sudu makan cili kisar
1 sudu makan asam jawa ~ dicampur dengan 1/2 cawan air
1 biji bawang besar ~ dipotong bulat
2 batang serai ~ dititik
3 tangkai daun kari
Garam & gula secukup rasa
Minyak masak
Bahan Tumbuk :
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
Cara Memasak :
1. Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali.
2. Tumis bahan tumbuk, serai dan daun kari sehingga berbau wangi.
3. Masukkan cili kisar. Tumis sehingga pecah minyak dan agak garing.
4. Masukkan air asam jawa. Biarkan mendidih.
5. Masukkan bawang besar, garam dan gula secukup rasa. Gaul rata.
6. Masukkan ayam yang sudah digoreng tadi, gaul rata sehingga bawang besar layu.
7. Tutup api. Hidangkan.
No comments:
Post a Comment