KEK PISANG
▼
Thursday, February 13, 2020
RENDANG HIJAU AYAM ...
RENDANG HIJAU AYAM
sumber : yatiememories.blogspot.com
Bahan-Bahan :
1 ekor ayam ~ dipotong 12 bahagian
250 ml santan
2 sudu besar kerisik
Garam & gula secukup rasa
2 keping asam gelugor
2 helai daun kunyit ~ buangkan urat & dihiris halus
1/2 cawan minyak masak, untuk menumis
Sedikit air, jika perlu
Bahan-Bahan Dikisar :
4 batang serai ~ dihiris halus
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
30 biji cili padi hijau
4 tangkai cili hijau
10 biji bawang merah
1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak masak di dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan kisar sehingga garing dan wangi.
2. Kemudian masukkan ayam dan kacau sehingga rata. Selepas itu masukkan santan, kerisik, asam gelugor, gula dan garam secukup rasa.
3. Kacau lagi di atas api yang perlahan dan masak sehingga pekat. Masukkan hirisan daun kunyit. Bila dah cukup kering (seperti yang dinginkan), bolehlah diangkat.
4. Sedia untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment