KEK PISANG
▼
Thursday, March 19, 2020
CENCARU MASAK KICAP PEDAS ...
CENCARU MASAK KICAP PEDAS BERSAMA
PERAHAN JUS LIMAU KASTURI
sumber : FB@Julia ALeen Aireish
Bahan-Bahan :
2 ekor ikan cencaru (me : guna 4 ekor saiz kecil)
4-5 tangkai cili kering **
1 biji bawang besar **
3 ulas bawang putih **
2 sudu makan sos cili
3 sudu makan kicap lemak manis
1 sudu makan sos tiram
1 mangkuk kecil air (boleh agak-agak sendiri)
1 sudu makan tepung jagung ~ bancuh dengan sedikit air
Garam & gula jika perlu
Minyak masak
1 biji bawang besar ~ dipotong dadu
10 biji cili api ~ dipotong-potong
4 biji limau kasturi ~ dibelah dua
Cara Memasak :
1. Ikan cencaru (tak perlu buang kulit) dicuci bersih kemudian dilumur dengan serbuk kunyit dan garam, goreng sehingga masak, angkat dan ketepikan.
2. Bahan bertanda (**) dikisar lumat kemudian panaskan kuali tumis bahan kisar sehingga garing.
3. Masukkan air, sos cili, kicap, sos tiram dan bawang besar yang dipotong dadu. Masak sehingga mendidih. Letakkan garam, gula secukup rasa jika perlu. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung supaya kuah kicap pedas likat sedikit.
4. Tuangkan ke atas ikan cencaru tadi, tabur cili api yang dipotong-potong dan letakkan limau kasturi.
5. Cara makan, semasa menjamu selera nanti, perahkan 2 limau kasturi ke dalam hidangan itu, tidak perlu perah semua...nanti rasa nak makan lagi...perah lagi.
NOTA : Cencaru ini jika tidak mahu digoreng, boleh juga dibakar.
No comments:
Post a Comment