KEK PISANG
▼
Tuesday, April 28, 2020
AYAM MASAK HALIA ...
RESEPI AYAM MASAK HALIA
sumber : resepichenom.com
Bahan-Bahan :
500 gm ayam ~ potong kecil, cuci bersih & toskan
4 ulas bawang putih ~ hiris nipis
2 cm halia ~ dihiris halus memanjang
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos tiram
1 biji bawang besar ~ hiris nipis membulat
1 biji cili merah ~ hiris nipis
1 tangkai daun bawang ~ hiris panjang 2 cm
1 1/2 sudu kecil tepung jagung ~ bancuh dengan sedikit air
Minyak masak, untuk menggoreng ayam
Sedikit serbuk lada sulah atau lada hitam
Sedikit garam & serbuk kunyit
Garam & gula secukup rasa
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak masak secukupnya. Gaul ayam bersama garam dan serbuk kunyit kemudian goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
2. Ambil sedikit minyak dari baki gorengan ayam tadi anggaran 1/2 senduk dan tumis bawang putih bersama halia sehingga naik bau. Masukkan kembali ayam yang digoreng separuh masak tadi.
3. Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan sedikit taburan serbuk lada sulah@putih. Kacau seketika (jaga jangan sampai bawang putih hangus).
4. Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat. Tambah sedikit lagi air jika anda suka lebih kuah.
5. Taburkan dengan hirisan cili merah dan bawang besar dan kacau selama 2-3 minit sebelum diangkat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. (Hati-hati semasa masukkan garam kerana kicap cair sudah masin. Begitu juga ayam tadi yang sudah masin diperasakan garam semasa menggoreng).
6. Angkat dan tabur dengan daun bawang dan sedia dihidangkan.
No comments:
Post a Comment