KEK PISANG
▼
Saturday, April 18, 2020
TELUR MASAK KICAP ...
RESIPI TELUR MASAK KICAP
sumber : resepicitarasawan ...
Bahan-Bahan :
6 biji telur gred D atau E
1 labu bawang bombay ~ hiris
3 ulas bawang putih ~ ketuk
1 tangkai cili merah & hijau atau capsicum ~ hiris
1 sudu besar sos tiram
1/4 cawan kicap lemak manis
1 sudu besar air asam jawa
1 biji tomato ~ belah 6 (saya guna b biji tomato ceri)
Hirisan daun sup untuk taburan
Sedikit air
Minyak masak untuk menumis
Cara Memasak :
1. Goreng telur separuh masak, toskan dan masukkan ke dalam pinggan.
2. Panaskan sedikit minyak masak, tumis bawang bombay dan bawang putih hingga naik bau.
3. Masukkan kicap lemak manis, sos tiram dan sedikit air.
4. Apabila mendidih, masukkan air asam jawa dan hirisan cili.
5. Akhir sekali masukkan tomato, kacau rata dan tuangkan ke atas telur.
6. Sedia dihidangkan dengan taburan hirisan daun sup.
Tips Menggoreng Telur Mata :
1. Guna kuali kecil sedikit lengkuknya. Putih telur akan membaluti telur kuning dan tidak merebak mengikut saiz kuali.
2. Minyak kena lebih supaya telur tenggelam dan masak rata.
3. Pecahkan telur dalam mangkuk kecil dahulu, baru di tuangkan ke dalam kuali.
4. Pastikan bahagian tepi telur garing dahulu sebelum diangkat.
5. Toskan dengan sudip berlubang untuk mengeluarkan lebihan minyak.
6. Guna telur saiz D ataupun E untuk mendapatkan gorengan telur yang cantik.
No comments:
Post a Comment