KEK PISANG
▼
Wednesday, May 27, 2020
AYAM POPCORN SAMBAL MANIS
RESEPI AYAM POPCORN
SAMBAL MANIS
sumber : resepichenom.com
Bahan2 untuk kisar halus :
3 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 1/2 sudu besar cili kisar
Bahan2 untuk ayam popcorn :
3-4 ketul dada ayam
Sedikit garam
1/4 sudu kecil serbuk kunyit
1 biji telur
1-2 cawan tepung jagung (boleh ganti dengan tepung gandum)
Bahan2 untuk lain :
1 cawan minyak masak
1/2 biji bawang besar
3 sudu besar sos cili
3-4 sudu besar kicap manis
1 sudu besar gula
1/2 sudu besar sos tiram
1 biji tomato
10-15 biji cili padi
Air secukupnya untuk kuah
Garam secukup rasa
Cara Memasak :
1. Potong dadu isi ayam.
2. Gaul ayam dengan garam, serbuk kunyit dan telur.
3. Salut ayam dalam tepung jagung sedikit demi sedikit.
4. Potong kasar bawang merah, bawang putih, halia, bawang besar dan tomato.
5. Buangkan tangkai cili padi, tak perlu potong.
6. Blender@kisar bawang merah, bawang putih, halia, cili kisar dan air sedikit.
7. Panaskan minyak masak dan goreng ayam sampai garing, angkat dan ketepikan.
8. Tumis bawang besar sampai layu.
9. Masukkan bahan kisar dan sedikit air, masak sehingga pecah minyak.
10. Masukkan sos cili, kicap manis, air, gula (lebihkan), sos tiram (optional), garam, cili padi dan tomato.
11. Masak sampai pekat dan akhir sekali perlahankan api dan masukkan ayam goreng popcorn.
TIPS :
1. Tabur sedikit tepung jagung atas ayam yang disalut tadi supaya ayam tak melekat masa masak.
2. Jangan tumis bawang besar sampai kering sebab bawang besar lembut akan beri rasa yang manis pada masakan.
No comments:
Post a Comment