KEK PISANG
▼
Thursday, May 21, 2020
DAGING SALAI MASAK LEMAK CILI PADI
DAGING SALAI MASAK
LEMAK CILI PADI
sumber : resepichenom.com
Bahan-Bahan :
1 kg daging salai
15 biji belimbing buluh (me : ganti dengan 2 biji kentang, potong ikut suka & direbus separa masak untuk proses cepat masak nanti)
4 batang serai ~ dititik
Semangkuk santan segar secukupnya
3 keping asam gelugor
Bahan-Bahan Kisar :
4 ulas bawang merah
Segenggam cili padi kampung (lebih pun boleh)
1 inci belacan (tak letak)
1 inci halia
2 inci kunyit hidup
Cara Memasak :
1. Masukkan kesemua bahan kisar ke dalam periuk berserta daging salai dan renih sebentar sambil digaul dengan sudip.
2. Tuangkan santan ke dalam periuk bersama serai dan asam gelugor. Sentiasa dikacau agar santan tidak pecah minyak.
3. Bubuh garam dan serbuk perasa secukupnya, jika perlu.
4. Apabila mendidih, masukkan pula belimbing/kentang dan kacau rata. Masak di atas api perlahan sehingga belimbing/kentang lembut. (boleh juga dimasukkan daun kunyit yang dicarik-carik jika suka).
No comments:
Post a Comment