KEK PISANG
▼
Monday, May 4, 2020
KACANG PANJANG GORENG TELUR ...
KACANG PANJANG GORENG
DENGAN TELUR
sumber : Azie Kitchen
Bahan-Bahan :
1 ikat kacang panjang ~ potong ikut suka
1/2 batang lobak merah ~ potong ikut suka
1-2 biji telur
1-2 sudu besar sos tiram
3 ulas bawang merah ~ hiris
2 ulas bawang putih ~ hiris
1 tangkai cili merah ~ hiris
Garam & gula
Minyak masak
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak masak secukupnya dan tumis bawang merah dan bawang putih yang dihiris sehingga wangi.
2. Masukkan lobak merah dan kacau agak-agak separuh lembut, masukkan kacang panjang.
3. Masukkan sos tiram dan kacau rata.
4. Ketepikan sayuran dan tuangkan telur. Biarkan telur agak mengeras sebelum dikacau bersama kacang panjang.
5. Akhir sekali, masukkan cili merah dan bolehlah diangkat. Jika sos tiram belum masin, bolehlah letakkan sedikit garam. Sesuaikan rasa dan sedia dihidangkan.
No comments:
Post a Comment