KEK PISANG
▼
Saturday, May 23, 2020
PAJERI TERUNG !
RESEPI PAJERI TERUNG
sumber : resepichenom.com
Bahan-Bahan :
3 biji terung panjang (sederhana kecil)
3 sudu besar minyak masak
1 1/2 cawan santan pekat
3 sudu besar serbuk rempah kari daging (bancuh dengan sedikit air menjadi pes)
1 sudu besar kerisik
Rempah tumis (kulit kayu manis, bunga lawang & buah pelaga)
Bahan Dikisar Halus :
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 cm halia
1 sudu besar udang kering (rendam hingga lembut & toskan)
Cara Memasak :
1. Potong terung memanjang bersaiz lebih kurang sejengkal.
2. Dalam periuk, panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar bersama rempah tumis sehingga naik bau. Kemudian masukkan rempah kari yang telah dijadikan pes. Masak hingga pecah minyak.
3. Masukkan terung, kacau seketika. Tuangkan santan pekat dan kerisik. Masak sehingga kuah menjadi pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Lebihkan sedikit gula kerana Pajeri adalah kari terung yang berkuah lemak manis.
No comments:
Post a Comment