KEK PISANG
▼
Saturday, May 9, 2020
PAK CHOY TUMIS SOS TIRAM !
RESEPI PAK CHOY TUMIS
SOS TIRAM
sumber : resepichenom.com
Bahan-Bahan :
4-5 pokok sayur Pak Choy
4 sudu besar sos tiram
2 ulas bawang putih ~ cincang halus
Satu hirisan nipis halia ~ cincang halus
Sedikit serbuk pati ayam atau pati ikan bilis
1 sudu kecil tepung jagung ~ dibancuh dengan sedikit air
Sedikit bawang goreng
Hirisan cili api
Minyak masak
Cara Memasak :
1. Panaskan air di dalam periuk atau kuali sehingga mendidih dan masukkan secubit garam. Celur sayur Pak Choy cukup sekadar layu kemudian tapis airnya.
2. Masukkan pula air sejuk ke dalam sayur untuk hentikan proses memasak dan mengelakkan sayur menjadi pucat dan tidak segar. Tapis kembali, potong batang sayur dan susun di atas pinggan.
3. Untuk masak kuah : panaskan sedikit minyak masak dan tumis bawang putih serta halia sehingga kekuningan dan naik bau.
4. Masukkan sos tiram, pati ayam dan air secukupnya. Masak sehingga mendidih dan masukkan pula air bancuhan tepung jagung tadi supaya kuah menjadi pekat. Perasakan dengan gula secukup rasa.
5. Tuangkan kuah sos tiram dan tabur bawang goreng bersama hirisan cili api, jika suka. Sedia dihidangkan.
No comments:
Post a Comment