KEK PISANG
▼
Saturday, June 6, 2020
AYAM MASAK MERAH SIMPLE
AYAM MASAK MERAH SIMPLE
( Mariana Zainal )
Bahan-Bahan :
1/2 ekor ayam ~ dipotong-potong, basuh bersih, gaul dengan sedikit garam & serbuk kunyit. Goreng sekejap jangan sampai garing.
Bahan Kisar : (semua bahan ini dikisar halus)
15 tangkai cili kering ~ rendam dalam air panas hingga lembut & toskan
1 1/2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
Bahan Lain :
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
Sedikit bahan perasa
3 sudu besar sos cili (Sos Cili LIFE atau ikut suka)
2 batang serai ~ dititik
1/2 cawan air
2 1/2 senduk minyak masak ~ untuk menumis
1 biji bawang besar ~ dihiris bulat (untuk hiasan)
Daun sup hiris (hiasan) (me : guna daun bawang)
Cara Memasak :
Panaskan minyak masak, masukkan serai, goreng sehingga keperangan kemudian tumis bahan kisar, masukkan gula, garam dan sedikit bahan perasa, tumis sehingga betul-betul naik minyak. Kemudian masukkan sos cili, kacau lagi. Masukkan ayam, kacau rata. Taburkan bawang yang dipotong bulat tadi, kacau sekejap, sesuaikan rasa, tutup api. Hidangkan dan taburkan daun sup... Siap !
No comments:
Post a Comment