KEK PISANG
▼
Wednesday, June 24, 2020
PAK CHOY TUMIS SOS TIRAM
RESIPI PAK CHOY TUMIS
SOS TIRAM
sumber : resepichenom.com
Bahan-Bahan :
4-5 pokok sayur Pak Choy
4 sudu besar sos tiram
2 ulas bawang putih ~ cincang halus
Satu hirisan nipis halia ~ cincang halus
Sedikit serbuk pati ayam atau pati ikan bilis
1 sudu kecil tepung jagung ~ bancuh dengan sedikit air
Sedikit bawang goreng
Hirisan cili padi (jika suka)
Minyak masak
Cara Memasak :
1. Panaskan air di dalam periuk atau kuali sehingga mendidih dan masukkan secubit garam. Celur sayur Pak Choy cukup sekadar layu kemudian tapiskan air.
2. Masukkan pula air sejuk ke dalam sayur untuk hentikan proses memasak dan mengelakkan sayur menjadi pucat dan tidak segar. Tapiskan kembali, potong batang sayur dan susun di atas pinggan.
3. Untuk memasak kuah : panaskan sedikit minyak masak dan tumiskan bawang putih serta halia sehingga kekuningan dan naik bau.
4. Masukkan sos tiram, pati ayam dan air secukupnya. Masak sehingga mendidih dan masukkan pula air bancuhan tepung jagung tadi supaya kuah menjadi pekat. Perasakan dengan gula secukup rasa. Sesuaikan rasa dan tutup api.
5. Tuangkan kuah sos tiram ke atas sayur tadi dan taburkan bawang goreng bersama hirisan cili padi, jika suka.
No comments:
Post a Comment