KEK PISANG
▼
Wednesday, June 3, 2020
TELUR MATA MASAK MASAM MANIS
TELUR MATA MASAK MASAM MANIS
sumber : ninamirza.com
Bahan-Bahan :
5 biji telur ayam
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 inci halia
2 cawan air
1/2 cawan sos tomato
1/4 cawan gula
Garam secukup rasa
1 1/2 cawan mix vegetable (me : guna cendawan butang & lobak merah)
Sedikit minyak masak untuk menumis
Cara Memasak :
1. Telur ayam digoreng style mata kerbau lalu diasingkan ke dalam pinggan hidangan.
2. Bawang besar, bawang putih dan halia dihiris halus.
3. Panaskan minyak masak secukupnya, tumis kesemua bahan yang dihiris.
4. Setelah kekuningan, masukkan air, masak sehingga mendidih.
5. Kemudian masukkan sos tomato, kacau rata, masak sehingga mendidih lagi.
6. Masukkan mix vegetable, biarkan masak sebentar.
7. Masukkan gula dan garam secukup rasa, seimbangkan rasa masam manisnya.
8. Susun telur yang telah digoreng tadi di atas pinggan hidangan.
9. Tuangkan sos masam manis ke atas telur. Sedia dihidangkan.
No comments:
Post a Comment