KEK PISANG
▼
Monday, July 20, 2020
KARI IKAN ALA MAMAK
RESIPI KARI IKAN ALA MAMAK
sumber : mamawandiha.blogspot.com
Bahan-Bahan :
3 ekor ikan kembong saiz besar (guna ikan lain pun boleh, saya guna ikan pari)
5 sudu besar serbuk rempah kari ikan Adabi
3 sudu besar cili kisar atau serbuk cili
Minyak masak
Bahan-Bahan Kisar :
1 biji bawang besar
3-4 biji bawang merah
4 biji bawang putih
Sedikit lada hitam atau 1 sudu teh serbuk lada hitam
Bahan-Bahan Mayang :
1 labu bawang besar ~ dimayang halus
3 biji bawang putih
2 tangkai daun kari (jangan dileraikan)
Sedikit halba campur
2 sudu besar air asam jawa (saya guna 1 sudu besar pes asam jawa Adabi)
Garam secukupnya
Air secukupnya (untuk kuah)
Bahan Rampai : (ikut suka banyak mana nak letak)
Terung bulat
Kacang bendi
Cili hijau
Buah tomato
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak masak secukupnya dan tumis bahan-bahan yang dimayang dengan halba campur. Setelah agak layu masukkan cili kisar dan bahan-bahan kisar. Kemudian masukkan rempah kari ikan. Masukkan 2 tangkai daun kari, (jangan ceraikan daunnya), sebab batang daun kari tu yang akan memberi aroma yang sedap pada kari kita. Masak sehingga hilang bau rempah. Masukkan air jika rempah nampak kering.
2. Setelah rempah dah masak dan hilang bau rempah kari, masukkan air asam jawa, air secukupnya ikut kepekatan kuah yang disukai, masukkan garam secukupnya.
3. Setelah mendidih, masukkan terung bulat. Masak sampai agak-agak terung lembut barulah masukkan bendi dan ikan. Masakkan sekejap sahaja supaya tak nak ikan masak terlalu lama dan hancur. Paling akhir masukkan tomato. Sesuaikan rasa. Bila bendi dah lembut matikan api...SIAP!
Izin promo ya Admin^^
ReplyDeletebosan tidak ada yang mau di kerjakan, mau di rumah saja suntuk,
mau keluar tidak tahu mesti kemana, dari pada bingung
mari bergabung dengan kami di ionqq^^com, permainan yang menarik
ayo ditunggu apa lagi.. segera bergabung ya dengan kami...
add Whatshapp : +85515373217 ^_~ :))