KEK PISANG
▼
Saturday, July 28, 2012
Buah Melaka/Onde-Onde
BUAH MELAKA PANCAWARNA
rujukan dari : yatiememories
dicuba oleh : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan-bahan :
3 cawan tepung pulut
3 tbsp tepung gandum
2 cawan air atau secukupnya
1-2 keping gula melaka - dipotong dadu kecil
Sehelai daun pandan
Pewarna hijau, kuning dan merah
1 cawan kelapa parut putih )
sedikit garam ) digaul sebati
Cara-cara :
Masukkan tepung pulut, tepung gandum ke dalam mangkuk. Bancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan yang boleh di gentel. Bahagikan adunan kepada tiga (3) bahagian dan warnakan dengan hijau, kuning dan merah hingga sebati.
Ambil doh sebesar ibu jari, leperkan dan intikan dengan sebiji gula melaka yang telah dipotong dadu tadi. Bulatkan kembali.
Didihkan air bersama sehelai daun pandan di dalam periuk. Masukkan adunan yang telah di gentel bulat tadi ke dalam air mendidih. Bila kuih telah timbul, angkat dan toskan ke dalam tapis barulah digolekkan ke dalam kelapa parut. Sedia untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment