KEK PISANG
▼
Thursday, August 30, 2012
Bingka yang sedap.
KUIH BINGKA CRACKER (8 inci)
resipi dari : buku 'Istimewa Pemanis Mulut' - Dari Dapur CT
dicuba oleh : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan-bahan :
140 gm biskut cracker (biskut lemak, anggaran 20 keping)
85 gm tepung gandum
1 cawan gula kastor
3 biji telur (gred 'B')
700 ml susu cair + 10 ml air biasa
1 tbsp butter
1 tsp pewarna kuning
1/2 tsp esen vanilla
secubit garam
Hiasan : sedikit bijan untuk tabur
Loyang : 8 inci empat segi/bulat
Cara membuat :
1. Panaskan oven pada suhu : 180'C selama 10 minit. Lengserkan loyang dengan minyak masak dan masukkan loyang ke dalam oven 5 minit masa terakhir.
2. Blend biskut cream cracker bersama tepung dalam blender hingga halus, ketepikan.
3. Blend telur, gula, susu cair, pewarna kuning, esen vanilla dan secubit garam hingga gula larut. Masukkan tepung yang telah diblender bersama biskut sedikit demi sedikit dan blender lagi hingga sebati kecuali bijan.
4. Tuangkan ke dalam loyang yang dipanaskan sebentar dalam oven dan taburkan bijan rata-rata di atasnya jika suka.
5. Bakar selama 1 jam atau hingga atasnya keperangan.
6. Sejukkan sebelum dipotong.
No comments:
Post a Comment